NBCC

NBCC

Monday, April 14, 2014

Saturday, April 12, 2014

Fun Ride Nilam Baiduri Cycling Club


   Nilam Baiduri Cycling Club ditubuhkan oleh beberapa rider awal setelah pembukaan. aman Nilam Baiduri. Rider² ini telah bergabung secara tidak langsung dan sedikit sebanyak telah menyuntik 'racun'. epada penghuni² lain untuk menyertai aktiviti kayuhan. Ternyata ramai rider telah teracun dan berbelanja besar untuk memiliki jentera kayuhan ini. Dari masa ke semasa, ahli NBCC kian bertambah dan turut disertai oleh beberapa rakan rider dari taman berhampiran iaitu taman PKNK. Tujuan utama penubuhan NBCC adalah untuk menyatu padukan hubungan sesama penduduk.

   Rider² NBCC makin mantap dan bertambah akrab dengan penyertaan bersama rider Happy Ride Kulim. Setiap aktiviti anjuran HRK, pasti akan ada kehadiran rider² dari NBCC. Hampir semua trek² yang ada di sekitar Kulim telah dijelajahi samada bukit bukau, hutan banat dan trek bandar, semua kami tempuhi. Selain funride suka suki bersama HRK, NBCC juga telah beberapa kali menyertai kayuhan funride dan jamboree disekitar negeri Kedah, Penang dan Perak.

   NBCC menggunakan sebahagian trek Kulim Jamboree sebagai trek rasmi kerana kedudukan trek ini hanya dibelakang Taman Nilam Baiduri, antara trek yang selalu dijelajahi rider NBCC adalah trek sawit, trek reverse sawit, trek bukit C.T, trek road Kulim Hi Tech Park dan trek sawit Padang Cina.

    Rider² NBCC amat bercita² untuk menganjurkan kayuhan berkonsep funride bagi mengumpul dana untuk Surau Iman Tmn Nilam Baiduri. Cadangan ini telah dibincangkan bersama KRT Nilam Baiduri dan PKNK. Kedua² KRT bersetuju untuk menaja sebahagian kewangan ini. Mesyuarat susulan akan dilakukan lagi bagi melancarkan aktiviti ini.
Stay tune...